Wednesday, January 27, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 BAGI SEMUA PELAJAR
PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILAN

PPPNS mengucapkan syabas dan tahniah serta ribuan terima kasih kepada semua Pelajar Senior dan Pelajar Baru yang telah mendaftar dan mengikuti kelas Tutorial Pertama bagi Semester Januari 2010.
Bagi memastikan pengajian Semester Januari 2010 ini bertambah baik dan lancar,beberapa pemakluman dan terikh- tarikh penting sepanjang pengajian ini telah dipaparkan. Mohon para pelajar membaca di dalam MyLMS & meneliti bagi mengurangkan masalah-masalah yang tidak diingini.

Tarikh - tarikh Penting Semester Januari 2010


1.Tarikh Pendaftaran / Pengambilan Modul Pelajar Senior
16 & 17 Januari 2010 ( Sabtu & Ahad ) -'First Collection'


2.Tarikh akhir Pembayaran Minimun Semester Januari 2010
Diploma / Sarjana Muda : 7 Februari 2010 - Ahad
Sarjana : 21 Februari 2010 - Ahad

3
.Tarikh Peperiksaan Pertengahan Semester Januari 2010
12 - 15 Mac 2010

4. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Januari 2010
5 - 28 April 2010

5.Konvokesyen kali ke-8 tahun 2010
i) Bulan Jun 2010

ii)Bulan November 2010


6.Tarikh - tarikh tutorial :
MyLMS > User Profiles >Register Course >MyTimetable




Tuesday, November 10, 2009


PERTANDINGAN BOLING PERSAHABATAN

ANTARA TUTOR ,ALUMNI,STAF & PELAJAR


TARIKH : 5 DISEMBER 2009
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : U - BOWL SEREMBAN PARADE

PENDAFTARAN :RM20.00 ( TUTOR ) * SEORANG

RM15.00 ( PELAJAR ) * SEORANG

(SETIAP KUMPULAN 3 ORANG )

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MEMBUAT PENDAFTARAN SELEWAT- LEWATNYA PADA 22 NOVEMBER 2009

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT KEPADA CIK SHIRA/ZARINA/HUDA

Saturday, October 31, 2009

2 Hari bersama lawatan MQA di PPN.Sembilan.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih dari pihak OUM-PPNS kepada semua staf dan mereka yang terlibat dalam menjayakan 2 hari lawatan bersama pihak MQA. Syabas sekali lagi diatas kerjasama dan komitmen yang cukup baik sepanjang lawatan ini diadakan.Tidak lupa juga kepada Ahli Panel Penilaian ( APP ) iaitu Prof - Prof , Doktor dan wakil dari OUMHQ iaitu Fakulti Sains & Teknologi kerana membantu pihak kami diPPNS.

Kelulusan Perakuan Akreditasi
  1. Bachelor of Education ( Civil Engineering ) with honours
  2. Bachelor of Education ( Mechanical Engineering ) with honours
  3. Bachelor of Education ( Electrical Engineering ) with honours
  4. Bachelor of Education (Science ) with honours
  5. Bachelor of education ( Mathematics ) with honours
Kronologi lawatan MQA di Pusat Pembelajaran Negeri Sembilan (PPNS )

31 Oktober 2009
  • Mesyuarat Penyelarasan Ahli Panel Penilaian (APP)
  • Taklimat oleh pengurusan IPTS kepada rombongan MQA mengenai latar belakang IPTS dan kursus pengajian.
  • Rehat & minum
  • Pemerhatian Pengajaran & Lawatan ke bilik kuliah / makmal komputer yang berkaitan dengan kursus pengajian
  • Perjumpaan semua pelajar IPTS dengan kesemua APP
  • Makan Tengahari
  • Perjumpaan semua guru bersama kesemua APP
  • Menyemak dokumen tambahan oleh APP
  • Rehat & Minum petang ( Tamat sesi 1)
1 November 2009 ( Ahad )
  • Menyemak dokumen -dokumen tambahan oleh APP
  • Rehat & minum pagi
  • Mesyuarat Penyelarasan Pegawai MQA dan APP
  • Exit meeting antara pihak MQA,APP dan pihak Pengurusan IPTS
  • Makan Tengahari Dan Tamat Sesi lawatan.



Sesi Temuga pihak MQA dan para pelajar

Mesyuarat Ahli Panel Penilaian (APP) dan pihak MQA.

Thursday, October 29, 2009

Calon disembah,titah dinanti
Pekenan Duli sudahlah pasti
Adat digali istiadat dihalusi
Pelantikan kini telah terbukti
Adat kejadian berpasang-pasang
Satu ia, dua sekata
Tatkala mahkota telah terpasang
Bertambah seri tahta singgahsana

Curik Si Mala Giri senjata sakti
Si Kati Muno hancur dipancung
Pusaka Permaisuri diganti bersaksi
Tunku Ampuan Besar daulat menyanjung

Ampun Tuanku.