Saturday, October 31, 2009

2 Hari bersama lawatan MQA di PPN.Sembilan.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih dari pihak OUM-PPNS kepada semua staf dan mereka yang terlibat dalam menjayakan 2 hari lawatan bersama pihak MQA. Syabas sekali lagi diatas kerjasama dan komitmen yang cukup baik sepanjang lawatan ini diadakan.Tidak lupa juga kepada Ahli Panel Penilaian ( APP ) iaitu Prof - Prof , Doktor dan wakil dari OUMHQ iaitu Fakulti Sains & Teknologi kerana membantu pihak kami diPPNS.

Kelulusan Perakuan Akreditasi
  1. Bachelor of Education ( Civil Engineering ) with honours
  2. Bachelor of Education ( Mechanical Engineering ) with honours
  3. Bachelor of Education ( Electrical Engineering ) with honours
  4. Bachelor of Education (Science ) with honours
  5. Bachelor of education ( Mathematics ) with honours
Kronologi lawatan MQA di Pusat Pembelajaran Negeri Sembilan (PPNS )

31 Oktober 2009
  • Mesyuarat Penyelarasan Ahli Panel Penilaian (APP)
  • Taklimat oleh pengurusan IPTS kepada rombongan MQA mengenai latar belakang IPTS dan kursus pengajian.
  • Rehat & minum
  • Pemerhatian Pengajaran & Lawatan ke bilik kuliah / makmal komputer yang berkaitan dengan kursus pengajian
  • Perjumpaan semua pelajar IPTS dengan kesemua APP
  • Makan Tengahari
  • Perjumpaan semua guru bersama kesemua APP
  • Menyemak dokumen tambahan oleh APP
  • Rehat & Minum petang ( Tamat sesi 1)
1 November 2009 ( Ahad )
  • Menyemak dokumen -dokumen tambahan oleh APP
  • Rehat & minum pagi
  • Mesyuarat Penyelarasan Pegawai MQA dan APP
  • Exit meeting antara pihak MQA,APP dan pihak Pengurusan IPTS
  • Makan Tengahari Dan Tamat Sesi lawatan.



Sesi Temuga pihak MQA dan para pelajar

Mesyuarat Ahli Panel Penilaian (APP) dan pihak MQA.

Thursday, October 29, 2009

Calon disembah,titah dinanti
Pekenan Duli sudahlah pasti
Adat digali istiadat dihalusi
Pelantikan kini telah terbukti
Adat kejadian berpasang-pasang
Satu ia, dua sekata
Tatkala mahkota telah terpasang
Bertambah seri tahta singgahsana

Curik Si Mala Giri senjata sakti
Si Kati Muno hancur dipancung
Pusaka Permaisuri diganti bersaksi
Tunku Ampuan Besar daulat menyanjung

Ampun Tuanku.

Tuesday, October 27, 2009

Jemputan Majlis Makan Malam Pra -Graduasi OUM-PPNS

Pihak pentadbiran PPNS dengan rendah diri menjemput para graduan dari Pusat Pembelajaran Negeri Sembilan ke Majlis Makan Malam sempena konvokesyen OUM kali ke 7 yang telah di anjurkan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 7 November 2009 ( Sabtu )
Tempat : D'Village Hotel,Air Keroh Melaka
Masa : 7.00 malam
Pakaian : Batik
Pengangkutan : 2 Bas disediakan
(Kami menerima penyertaan berdasarkan 'first come first serve')

Para graduan serta keluarga,tutor dan pelajar yang berminat dijemput hadir.Bayaran bagi setiap seorang ialah RM50.Mereka yang berminat dikehendaki membuat bayaran selewat-lewatnya pada 29/10/2009 (Khamis).

Cara pembayaran :

1) OUM-PPNS


2) Deposit CIMB atas nama "Mazuin Binti Omar"
No Akaun : 0504-0000203-20-1
(Sila faxkan slip pengesahan pembayaran diPPNS di talian 06-7618003)

** Sebarang pertanyaan sila hubungi OUM-PPNS di talian 06-7611003 atau Pn Maizura 013-6698962,En Firdaus 019-3950596,Cik Maslina 013-7838279.Sekian maklum.